Selasa, 11 Ogos 2009

Mari Kita Fikir Sejenak



Sambil sambil duduk bersantai melihat berita TV, dengar kematian berkaitan H1N1 sangat mengerunkan. Bukan kita takut mati, tapi kita sangat kuatir dengan anak-anak kita yang pergi kesekolah setiap hari yang begitu terdedah dengan jangkitan penyakit yang membunuh ini. Paling bolih kita lakukan adalah berdoa akan keselamatan anak anak kita bila keluar dari rumah. Segalanya kita serah pada Allah sebab yang memberi mudharat dan yang memberi munafaat adalah Allah S.W.T.

Kita ini hanya hamba yang hina yang tiada apa apa kuasa bagi menyekat apa jua bala yang diturunkan olih Tuhan yang maha berkuasa. Penyakit berjangkit ini tidak memilih bulu baik miskin, kaya, rakyat biasa atau pemerintah bahkan Obama pun bolih kena jangkitan. Asal usul penyakit ini pun bermula dari benua Amerika. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana virus H1N1 ini bolih menjadi pendemik dan bolih membunuh manusia dengan begitu cepat. Sebelum ini kita telah dilanda wabak HPAI selsema burung, tapi jangkitan dan kematian tidaklah sehebat H1N1.

Pengalaman saya sekitar tahun 1984 ketika berlakunya wabak JE di Perak, N.Sembilan dan Selangor, jangkitan hanya berlaku antara babi kepada manusia dan ianya tidak berjangkit antara manusia kepada manusia, ratusan ribu babi telah menjadi mangsa penghapusan bagi mengelak jangkitan yang lebih buruk, ramai penternak dan pekerja ladang babi mati , seingat saya melebihi seratus orang dan ianya telah menjadi sejarah negara kita. Ramai dikalangan kita telah melupakannya, Sekarang ini datang pula serangan virus yang baru. Maka bagaimana kah kita hendak melawan jangkitan ini? sedangkan pembawa virus ini berada diseliling dan disekitar kita.

Pihak yang berkuasa tidak bolih membuat satu zon penampan atau zon yang diwartakan kawasan wabak, saperti kita lakukan kepada haiwan, kerana haiwan kita bolih zon dan wartakan kawasan wabak dan kita bolih bertidak dalam kawasan zon bagi menghalang wabak terus merebak dalam tempoh dua atau tiga minggu.

Tapi berbeza dengan H1N1, apa yang bolih kita lakukan adalah setiap orang sentiasa meneliti akan kesihatan tubuh badan sendiri, saperti apa yang dipaparkan olih media akan tanda tanda jangkitan.Mendapat rawatan awal dapat mengurangkan pesakit bertambah kronik. Pada pandangan saya virus ini dapat di sekat dari merebak dengan meningkatkan antibody dalam tubuh kita, bagaimana untuk meningkatkan antibody?

Dari pengalaman saya semasa saya kecil kecil dulu saya masih ingat lagi penyakit deman malayria yang pada masa itu melanda negara, hospital kerajaan telah memberi sejenis ubat anti malayria ia itu pil kuinen. Biasanya tentera sentiasa membawa pil ini bersama sama semasa memasuki hutan dan ianya sangat berkesan.

Pada fikiran saya, virus ini bolih menjadi lemah sekiranya kita memakan benda yang sangat pahit, arwah datuk saya dulu memakan jadam sebagai antibody nya dari serangan malayria kerana datuk saya sangat takut untuk mendapatkan rawatan hospital, lagi pun pada masa itu kampong saya hanya ada sebuah klinik dan hospital pada masa itu berada puluhan batu dari kampong. Seingat saya sepanjang hidup datuk saya, tak pernah menghidapi demam yang kronik sehingga akhir hayatnya yang dikala matinya berumur 95 tahun. Sangat mengkagumkan, sedangkan kampong saya pada masa itu nyamuk macam lebah. Pada setiap magrib saya akan duduk di depan pintu rumah membunuh nyamuk dengan tangan dan merasa seronok bila dapat membunuh puluhan ekor nyamuk.

Apa yang saya fikirkan adalah jadam yang datuk saya makan dengan memasukkan dalam pisang bagi menghindarkan rasa pahit telah menjadi ubat kepada arwah datuk saya dari menghidapi serangan demam virus. Apakah kita tidak bolih mencuba dengan memberi herba herba yang sangat pahit kepada penghidap H1N1 dan kita nak tengok akan kesan yang berlaku. Saya rasa tidak rugi untuk mencuba.

Saya akan mencuba memakan jadam saperti apa yang diamalkan olih arwah datuk saya dan selepas itu saya serahkan kepada Allah S.W.T untuk urusan selanjutnya. Kita berikhtiar Allah yang menentukan..

Wassalam




Ahad, 9 Ogos 2009

Bercuti Bersama Keluarga

Bercuti pada setiap tahun adalah satu rutin kelurga saya pada setiap tahun, itu pun kalau tak ada apa urusan lain yang lebih mustahak, Kami dah pergi setiap tempat di semanjung Malaysia. Tahun lepas 2008 kami telah pergi ka Cherating bersama dengan keluarga ipar duai saya dari Johor. Tempat yang kami sewa ia lah Pak Hitam Resort. Saya suka sewa tempat Pak Hitam ini kerana tempat nya selesa tidak sibuk, bersih dan sewa nya berpatutan.

Pak Hitam tiada pada masa saya datang bercuti kerana beliau telah berangkat ka Tanah Suci menunaikan haji bersama sama anaknya. Makan malam kami sekeluarga jalan jalan cari makan di Kemaman, gerai satar, macam macam makanan ada disitu, rasa dan harga ok, berpatutan.

Masa nak balik, kereta buat ragam pulak, aircond rosak, terpaksa repair kat Kuantan, koyak RM500 dan lampu depan pecah lak kena batu masa berselisih ngan lori masa beli sarapan pagi kat kemaman. balik K.L. baru repair, koyak lagi RM150.00 itu pun beli lampu terpakai kat potong kereta. Tak apa, janji happy. hua hua hua.......aaaa




Sabtu, 8 Ogos 2009

Ketenangan

Bukan semua manusia dapat menikmati akan rasa ketenangan jiwa yang sebenar. Apakah maksud ketenangan jiwa yang sebenar? Semua manusia inginkan ketenangan jiwa, berbagai cara manusia mencari kaedah untuk mendapatkan ketenangan tersebut.

Ada yang mengikuti bermacam ajaran, baik secara fizikal atau pun secara mental. Sebenarnya ketenangan jiwa ini hanya bolih didapati dari ajaran yang turun dari langit, maksudnya dari wahyu Tuhan. Ajaran wahyu ini sajalah yang dapat memberi ketenangan jiwa yang sebenar. Tenang hati bila kita dapat merasakan diri ini tergagah dari setiap perbuatan, maksudnya tergagah adalah tidak mempunyai sedikit pun kuasa pada hakikatnya diri insan itu untuk berbuat sesuatu selain dari kehendak dan iradat Tuhan yang Maha Esa.

Contoh..bolih tak kita mengetahui selepas ini apa yang akan berlaku terhadap diri kita? Tidak ada saorang pun didunia ini akan mengetahui perkara yang akan berlaku pada esok hari. kalau ada pun cara kebetulan sahaja. Yesterday is History, Today is Reality, Tomorrow is Mistery.

Maka dengan itu tak usahlah bersusah hati. ikut saja perintah Tuhan, ikut yang disuruh tinggal yang di tegah, selamat dunia dan akhirat. Tuhan memberi sedikit kuasa kepada manusia untuk memilih, kalau kita memilih jahat, maka Tuhan akan biarkan berterusan akan kejahatan yang kita pilih dan Tuhan akan memberi ganjaran akan kejahatan kita dengan Neraka. Kalau kita memilih untuk megikuti jalan yang baik, Tuhan akan membawa kita ketempat yang baik iaitu Syurga. Berfikir sejenak akan kejadian alam ini seribu kali lebih baik dari seisi bumi ini.

Manusia yang tidak mempunyai ketenangan jiwa adalah kerana diri nya terlalu banyak memikirkan akan dunia nya. Maka jiwa nya akan sentiasa kacau bilau hingga keAkhirat. Maka duduk lah sebentar, pejamkan mata, bayangkan diri ini sedang nazak, rasakan lah akan tarikan nafas yang terakhir, selamat tinggal ibu ku, selamat tinggal ayah ku, selamat tinggal isteri ku, selamat tinggal suami ku, selamat tinggal anak anak ku, selamat tinggal semua nya dan aku tidak akan pulang buat selama lama nya.

Begitulah akhirnya kita ini, Hidup Insayallah, Mati itu pasti......Jangan takut dan jangan bimbang, kerana kita hendak pulang berjumpa dengan kekasih hati yang sejati...

Wassalam

White Lion

Pemeriksaan fizikal singa putih di World Resort di Genting Highland,. Singa ini adalah singa untuk pertujukan magic show di Hotel Genting Highland dan telah tamat kontrak selama satu tahun dan akan pulang balik ka Negara asalnya di Negara Spain. Selain singa ini , ada dua ekor bengal tiger satu ekor adalah white bengal tiger dan ada satu ekor lagi white lion tapi masih muda lebih kurang berumur 7 bulan.

Mengikut tuan punya haiwan tersebut, beliau ada mempunyai satu ekor lagi singa putih di Spain yang baru dibeli dari South Africa berharga USD120,000. Dari gambar yang saya lihat singa ini sangat unik, bukan saja bewarna putih, biji matanya pun bewarna putih.

Kedua dua ekor harimau dan singa ini sangat jinak, tapi saya rasa seram juga jinak jinak harimau dan singa , dia bolih ngap pada bila bila masa...bahaya

Saya akan paparkan gambar saya bersama singa yang umur 7 bulan. Bulu nya halus macam karpet...Ini adalah beberapa pengalaman saya semasa bertugas untuk di jadikan kenang-kenagan

Jumaat, 7 Ogos 2009

Aku baru dilahirkan dalam alam maya cyber ini tepat jam 3 pagi waktu Malaysia. Maka bermula lah satu episod kehidupan dalam fikiran maya, maka setiap lintasan dibenak hati dan fikiran dapat di lakarkan di alam ini. Hebatnya ciptaan Tuhan